Bahan-bahan
200gram pes laksa Sarawak Hj Manan (1 bungkus)
1 bungkus Bihun
200gram udang basah
3 ketul dada ayam
1 tin susu cair (santan pekat 1 cawan)
3 biji telur ayam
Garam, gula secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN
200 gram tauge
Daun ketumbar @ daun sup (ikut suka)
Limau kasturi
SAMBAL BELACAN
15 lada kering (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam, gula
Cara-cara:
Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk. Angkat dan carik2.
Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat dan toskan.
Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan susu cair dan santan pekat. Masukkan garam, gula. Biarkan mendidih seketika.
Sementara itu celurkan bihun dan taugeh.
Goreng dadar telur. Kemudian gulung dan hiris nipis2.
Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula dan perahan limau kasturi.
CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/sup dan sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
hahahah nyam nyam nyam.. mek salu makan, tp kkak mek molah..mek tukang rasa na tukang makan je...hhaha lak ktk polah la..mek nak rasa org 'malaya' molah. yeayea
BalasPadam