Nangga Jer....

Ahad, 27 Jun 2010

Pesta Benak di Sri Aman

Jeng...jeng...n3 untuk bulan 5....bulan 5 mmg bnyak citer...awal mei kami 1 family pegi Sri Aman ada Pesta Benak...mmg seronok coz nie first time saya dan aliff tengok benak secara dekat memang teruja...sebab kat malaysia di Sri Aman jer yg ada benak....kalau world ada 66 tempat...walaupun sebelum nie saya dah pernah smpai Sri Aman benak mmg belom penah tengok lagi...benak ikut air pasang kalau tinggi air maka benak yg akan terjadi mmg besar. Pesta Benak merupakan acara tahunan di Sarawak...time nie mmg ramai org yg dtg...nasib baik hotel awal dah booking...Di Sarawak ada 3 tempat tapi yang paling besar adalah di Sri Aman...kat bawah nie ada citer mengenai BENAK nie pun copy n paste jer...
KEJADIAN ALAM ...
"Ombak muara Sri Aman dianggap antara yang terbaik di dunia. Walaupun bukanlah sekuat dan menggerunkan seperti Pororoca di Brazil atau Guanchao di China, hempasan benak akan berlaku untuk selama beberapa jam dan ada kalanya menjulang setinggi lima kaki," .
OMBAK MUARA
Ombak muara biasanya berlaku pada hari ketiga dan ke-18 dalam kalendar Cina dan pada masa ini pemilik bot serta golongan remaja akan cuba melungsuri ombak gergasi setinggi lima kaki itu yang menghempas di tepian bandar Sri Aman.
Ombak muara merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.




Kelihatan seekor burung bangau terbang apabila kehadiran Benak setinggi 6.1 meter dari aras Laut Cina Selatan.
Fenomena ini diketahui berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia, satu daripadanya Sri Aman.


TRADISI... Kelihatan para peserta pertandingan lumba benak bersungguh-sungguh di Tebingan Batang Lupar sempena Pesta Benak 2010.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan